Tuesday, June 9, 2015

Ajak Kahwin

"Let's get married! "

Burrrr!!! tersembur jus oren yang sedang aku teguk ke wajahnya. Cepat-cepat aku hulurkan sekeping tisu untuk mengelap mukanya yang basah.

"Sorry" kataku

"Takpe, so how?"

Dia nie mabuk ke sewel ke sasau? tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut ajak aku kahwin. Kenal pun gitu-gitu aja. To be exact, nama penuh dia pun aku tak tahu. Aku hanya kenal dia sebagai Fazrul. bin apa pun aku tak tahu.

" I know this is too fast, tapi benda baik apsal kita nak tangguh kan? I tak nampak ada orang lain yang lebih layak jadi isteri i selain you. "

 Fazrul masih berusaha memujuk aku. Sambil bercakap, tangannya laju mengelap muka dan lehernya yang lenjun dibasahi semburan jus oren dari mulut ku tadi Kalau dalam keadaan biasa, pasti aku akan tergelak besar melihat keadaan itu, tapi sebab aku masih terkesima dengan proposal Fazrul aku tak jadi nak gelak,.

"Jangan buat lawak la Fazrul. Apa motif pulak you nak kahwin dengan I. Kita bukan kenal lama pun. I tak kenal you sepenuhnya. You pun tak kenal I. this is uber ridiculous! "

" Anything is possible, Sofi. I serius nak kahwin dengan you. I akan terima seadanya you dan I hope you terima seadanya I. I tak mintak lebih dari itu. I just nak memperisterikan you. Can you?"

Aku terdiam,

"Hantar I balik please. I pening."

" Okay Sofi. I harap sangat you dapat pertimbangkan proposal I ni. "

Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke rumahku. Malas mahu memikirkan cadangan tak masuk akal itu.

Fazrul dah gila!


No comments:

Post a Comment